Friday, February 27, 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Bismillah... Apa khabar anda semua? Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ini. Tahun 2015 merupakan tahun ke 5 saya menjalankan perniagaan bakery dari rumah. Sepanjang 4 tahun menjalankan perniagaan ini, banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan terutama dari segi kualiti produk, harga yang berpatutan, resepi-resepi baru, dan sebagainya.

saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelanggan tetap dan baru yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada saya untuk memberikan yang terbaik kepada anda. Alhamdulillah.

kepada anda yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini produk-produk cake kek4u, saya mengalu-alukan anda untuk follow saya di facebook page kek4u dan instagram. kerana saya akan update di facebook dan instagram dahulu. oleh kerana kekangan masa, saya jarang update blog ini. masa saya sangat terhad kerana selain menjalankan perniagaan cake dari rumah, saya juga menguruskan 4 orang anak berusia antara 2 hingga 13 tahun. rutin harian saya sangat sibuk 20 jam setiap hari. Tetapi, jangan runsing, anda boleh berhubung dengan saya 24 jam melalui media sosial. sama ada untuk membuat sebarang pertanyaan, sebut harga, tempahan, nak request baking class ker dan sebagainya. anda boleh menghubungi saya melalui......

call@Whatsapp@sms : 0182867675
call/ sms : 0136674812
email: kek4u.intan@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Kek4u-Homemade-Cakes-and-Chocolate/148031028603935?ref=hl

Facebook saya: Raja Intan Sulphida
instagram: @kek4u_putrajaya

No comments:

Post a Comment