Syarat-syarat membuat tempahan

Syarat-syarat membuat tempahan
  1. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh mengambil kek/ produk lain. Saya tidak menerima tempahan di saat akhir kerana memerlukan masa untuk membuat design serta ingin memastikan kualiti produk yang baik. 
  2. TEMPAHAN MESTI DIBUAT MELALUI EMAIL ATAU FACEBOOK. BUKAN MELALUI SMS. KAMI MEMERLUKAN MAKLUMAT YG LENGKAP TENTANG PRODUK DAN PELANGGAN YG MENEMPAH SUPAYA SENANG DIHUBUNGI. 
  3. Bayaran penuh (full payment) hendaklah dibuat selepas membuat tempahan. Bayaran deposit hanya untuk tempahan yang bernilai RM120 dan ke atas sahaja. Tempahan anda akan disenaraikan dalam senarai tempahan, selepas bayaran diterima. Selagi bayaran belum dibuat, tempahan dianggap belum 'confirm'. Harap maklum.
KAMI TIDAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DELIVERY.
  1. Produk yang ditempah hendaklah diambil di alamat: No. 19 Jalan P11 A2/2 Presint 11, Putrajaya. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. 
Jaminan wang dikembalikan
  1.  Jaminan wang dikembalikan hanya jika anda tidak berpuas hati dengan design/ cake decoration yang telah siap. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya kek/ produk tersebut telah dimakan. 
Pembatalan tempahan
  1. Wang deposit (50%) tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat setelah produk siap. Jika tempahan tersebut belum dibuat, wang akan dikembalikan sepenuhnya.
  2. Pembatalan tempahan hendaklah dibuat melalui email dan telefon.