Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai, nama saya Raja Intan Sulphida binti Raja Sabarudin. Saya adalah pengasas dan pemilik Kek4u. Perniagaan ini mula beroperasi pada 1 April 2011. Bermula sebagai hobi masa lapang di dapur, saya telah mengorak langkah 'membawa' aktiviti hobi ini menjadi salah satu perniagaan sepenuh masa dari rumah.
Berbekalkan minat yang mendalam dan bakat dalam seni lukis, saya amat yakin Kek4u mampu menawarkan kepakaran dalam merekabentuk dan menghias pelbagai jenis kek yang diidamkan oleh pelanggan. Saya sangat mementingkan kepuasan kerja dalam menghasilkan rekabentuk kek. Bersesuaian dengan moto Kek4u: CANTIK, SEDAP DAN MAMPU DIMILIKI, saya berharap Kek4u bukan sahaja dapat merealisasikan impian pelanggan untuk membeli kek yang cantik, malah menjadi sebahagian daripada kenangan indah mereka.
Mereka bentuk kek harijadi kanak-kanak adalah merupakan minat dan kegemaran saya yang paling utama. Kek yang cute adalah penyeri majlis dan akan menjadi kenangan manis untuk anak-anak tersayang sepanjang hidup mereka.
Maka, atas kesedaran inilah saya menawarkan kepakaran menghias kek harijadi kanak-kanak pada harga yang mampu dimiliki oleh pelanggan. Setiap kek yang direkabentuk sebahagiannya adalah idea pelanggan sendiri dan harga yang dicaj pula merupakan dalam lingkungan bajet mereka.
Setiap tempahan direka bentuk mengikut spesifikasi dan kehendak pelanggan. Saya juga akan sentiasa berusaha keras untuk membantu anda merekabentuk dan menghias kek yang cantik untuk majlis anda.
Sama ada kek perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, pertunangan, perayaan keagamaan atau hari jadi, saya berharap produk keluaran Kek4u akan memeriahkan lagi majlis dan menjadikannya satu kenangan yang istimewa.
Kini Kek4u beroperasi setiap hari dan 24 jam online. Anda boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan pada bila-bila masa melalui Facebook, email atau sms. Saya berharap anda akan berpuas hati dan gembira dengan reka bentuk kek keluaran Kek4u.
Sekian, terima kasih.
Puan Intan
013-6674812 (call 10 pagi- 6 petang shj. selain waktu ini, sms shj)
Facebook : kek4u- Homemade Cakes and Chocolate
email: kek4u.intan@gmail.com