Monday, June 16, 2014

Resepi Spagetti Bolognese

 
 Resepi Spagetti Bolognese

Bahan-bahan:

Pasta spagetti secukupnya direbus sehingga masak. Tambahkan 1 sudu minyak zaitun jika suka. Angkat dan toskan.

Bahan sos:
Daging cincang atau isi ayam dicincang
1 biji bawang besar Holland dipotong dadu kecik-kecik
2 ulas bawang putih dipotong dadu
cendawan shitake @ cendawan biasa pon bolehh...
1/2 biji lada benggala dipotong dadu kecil
1 jar sos pasta brand adabi
setengah botol sos cili
garam dan lada hitam (ditumbuk) secukupnya
2 cawan air tapis
1 @ 2 helai daun salam (bay leaves)

Cara-cara:
1. Tumis bawang sehingga naik baunya.
2. Masukkan daging atau ayam dan masak hingga empuk dan kering airnya.
3. Masukkan semua bahan yang lain. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Api sederhana sahaja.
4. Jangan lupa perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Tutup api, angkat dan hidangkan bersama spagetti.

Tips: Untuk versi kanak-kanak, tak perlu letak sos cili dan lada hitam. Boleh juga masukkan bebola daging untuk rasa yg lebih enak.

Selamat Mencuba!
Raja Intan Sulphida
Kek4u - Homemade Cakes and Chocolate
Edible Printing KEK4U

No comments:

Post a Comment