Sunday, June 15, 2014

Resepi Red Velvet Cookies



Resepi Red Velvet Cookies

Bahan-bahan
120 gram majerin (guna yg brand sedap spt Buttercup atau Adela)
10 gram minyak sapi
100 gram gula castor
120 gram tepung gandum ayak
50 gram tepung beras ayak
50 gram badam cincang
1 biji kuning telor
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gram coklat chip putih
30 gram coklat cip
Sedikit coklat cip dan badam hancur untuk hiasan

Cara-cara membuat:
1. Masukkan majerin, minyak sapi dan gula castor ke dalam mangkuk dan pukul sehingga adunan rata dan sebati. Tak perlu pukul sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan pewarna merah. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan tepung, coklat cip dan badam hancur. Gaulkan semua hingga sebati.
5. Bentukkan biskut guna sudu atau paip kan guna piping bag.
6. Bakar pada suhu 150' selama 18-20 minit.

Tips:
A)  Susun adunan biskut di atas dulang bakar pada jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang. Ini untuk mengelakkan biskut bercantum.
B) Adunan biskut tidak perlu dipukul hingga kembang supaya biskut mengembang dengan elok semasa proses bakar.
C) Adunan biskut boleh dibancuh tanpa menggunakan mixer. Guna senduk pun boleh.





 
Sumber resepi daripada Akhbar Harian Metro. Resepi disediakan oleh Chef Rose Weiss.

No comments:

Post a Comment