Sunday, September 23, 2012

Kelas Asas Pembuatan Coklat Buatan Tangan (Handmade Chocolate)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua? Saya doakan semoga anda sihat dan gembira pada hari ini. InsyaAllah.

Adakah anda peminat coklat? Atau dalam erti kata yang lain, anda adalah adalah seorang "Chocolate Lover" yang tulen? Ya, saya juga adalah seorang "Chocolate Lover". Saya sangat suka makan chocolate dan makanan yg diperbuat daripada coklat. Seperti cake chocolate, puding, tart, minuman chocolate sejuk atau panas dan sebagainya. "Kegilaan" ini bukan setakat suatu minat atau hobi yang biasa-biasa, tetapi "kegilaan" terhadap coklat ini telah "membawa" saya pergi "lebih jauh". Daripada minat, kini saya telah pun menceburi industri perniagaan coklat buatan tangan dari rumah secara sepenuh masa serta berdaftar sebagai USAHAWAN COKLAT DI BAWAH BIMBINGAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA. Pejam, celik, pejam, celik... sudah hampir 2 tahun perniagaan coklat ini diusahakan, dan semuanya bermula dari rumah sahaja.

Tahukah anda, sebenarnya AMAT MUDAH untuk membuat coklat buatan tangan (handmade chocolate)? Anda tidak perlu bergelar chef atau mengambil kursus yang sangat mahal untuk belajar membuat coklat yang hebat. Hebat dari segi rasa dan seninya. Saya akan kongsikan pelbagai RAHSIA dan ELMU tentang coklat bersama anda. Sama ada anda merancang untuk memulakan perniagaan coklat atau sebagai hobi baru atau ingin menambah ilmu, SEKARANG adalah masa yang amat sesuai untuk anda mendaftarkan diri dalam "Kelas Asas Pembuatan Coklat Buatan Tangan (Handmade Chocolate)" yang bakal saya anjurkan. 10 SEBAB TERBAIK MENGAPA ANDA PERLU MENDAFTAR KELAS ASAS PEMBUATAN COKLAT BUATAN TANGAN (HANDMADE CHOCOLATE) ANJURAN KEK4U :

  1. Ketahuilah sejarah  asal-usul coklat dan bagaimana industri coklat bermula. Anda juga akan didedahkan tentang potensi perniagaan coklat buatan tangan yang diusahakan dari rumah. 
  2. Para peserta akan belajar mengenali jenis-jenis coklat dan perbezaannya seperti coklat tulen, coklat kompaun, coklat susu dan coklat masakan. 
  3. Kami juga akan berkongsi dengan anda tentang keistimewaan, kebaikan dan khasiat coklat untuk awet muda!  
  4. Peralatan dan bahan asas membuat coklat di rumah serta kos-kos yang terlibat.
  5. Peserta akan mempelajari kaedah mudah mencairkan coklat blok menggunakan air panas dan beberapa teknik yang lain. 
  6. Proses "menstabilkan kristal" dengan kaedah "tempering" di atas 'marble slab' akan ditunjukkan (demo).
  7. Anda juga akan mempelajari 7 TEKNIK PEMBUATAN COKLAT yang sangat sesuai dibuat di rumah (separa hands on). Antaranya Hazelnuts Supreme, Carioca, Trufel buah-buahan, Truffel Splitter Kekacang dan lain-lain lagi.
  8. 8 resepi hebat yang sangat sedap dan mudah disediakan akan diberikan kepada semua peserta. 
  9. Bukan itu sahaja, para peserta juga akan diberi buku nota lengkap tentang teknologi pembuatan coklat buatan tangan, 1 kg blok coklat yang dikeluarkan oleh Lembaga Koko Malaysia, 1 set acuan dan membawa pulang coklat yang dibuat dalam kelas.
  10. Yuran kelas yang termurah di pasaran. Hanya RM180 seorang. Nota, peralatan, bahan, makanan dan minuman disediakan. 
JANGAN TUNGGU LAGI, DAFTARLAH SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH SANGAT TERHAD!!! ANDA BOLEH MENDAFTARKAN DIRI MELALUI:

  1. EMAIL: kek4u.intan@gmail.com
  2. Facebook: Kek4u-homemade cakes and chocolate
  3. SMS: 013-6674812
TARIKH KELAS : 6 , 7 , 13, 14 , 20, 21, 27 & 28 OKTOBER 2012.
TEMPAT : PRESINT 11 (ALAMAT AKAN DIBERI SELEPAS PENDAFTARAN) 
MASA : 10 PAGI - 3 PETANG

SILA NYATAKAN NAMA, LOKASI, PILIHAN TARIKH DAN JUMLAH PESERTA.

No comments:

Post a Comment